SURAH PENAWAR








Surah Al-Kausar
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di
Makkah  dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat
daripada batu  permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu  dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad
s.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang
yang  dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu
Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah
s.w.t.makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di
leher,Insya' allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,
mudah-mudahan  Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir
itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika  menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi  dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan selalu.Sebar2kan kepada kekawan, terima
kasih.

" Wahai Tuhanku, aku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa² ku. Amin Ya Rabbal'alamin "  
Kata ustaz : "kita ini semuanya sama,tiada beza muda ataupun tua,jangan menyombong atau takbur sesama manusia,sekalipun kita berpangkat atau berilmu-kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama - cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"  




SALAM SEJAHTERA..

Assalam...

Hai..apa khabar teman-teman semua moga hari ini lebih baik dari hari
semalam...
Hmm..memang dah lama tak update coz tak ada idea la..
Apa-apa pun moga kalian semua sihat sejahtera hendaknya..
Aminn.....

SALAM MAAL HIJRAH 1434..

YA ALLAH...
Seketika di akhir tahun 1433 ini, InsyaAllah akan muncul 1434 yang ceria..
Engkau muliakanlah dan sayangilah kami semua..
Berkatilah keluarga kami..
Sihatkanlah tubuh badan kami..
Limpahkanlah rezeki kepada kami..
YA ALLAH..
Jauhkanlah kami daripada fitnah, penganiayaan dan juga penghinaan...
Suburkanlah benih keimanan dalam hati kami..
Dengan penuh rasa kasih sayang serta ketaqwaan tanpa alasan...
YA ALLAH...
Makbulkanlah cita-cita kami yang murni ini...
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
AMIN YA RABBAL A'LAMIN....



SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1434...