KISAH 5 PERKARA ANEH

ASSALAM....
Berjumpa lagi kita dalam laman blog yang tak seindah pelangi tapi mampu memberi panduan dalam kehidupan kita semua....
Mari kita terus membaca..



KISAH 5 PERKARA ANEH

Abu Laits As-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang terkenal. Suatu ketika dia pernah berkata,ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada yang menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada juga yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat:-
Pertama:-
#Apa yang engkau lihat atau hadapi maka makanlah ia..

Kedua:-
#Engkau sembunyikan..

Ketiga:-
#Engkau terimalah...

Keempat:-
#Jangan engkau putuskan harapan...

Kelima:-
#Larilah engkau daripadanya.."



Pada  keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan perkara yang pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh, ianya sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Anehnya ketika dia menghampiri, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar sebuku roti. Maka Nabi itupun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya..Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'ALHAMDULILLAH'..



Kemudian Nabi itu teruskan perjalanan hingga bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat pada mimpinya supaya dsembunyikan. Lantas dia menggali sebuah lubang lalu menanam mangkuk emas, kemudian di tinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamnya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam..





Ketika sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengar olehnya suara burung kecil itu, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya.
Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu lalu berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan dalam mimpinya..yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan dengan mengambil pedangnya, lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada burung helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.



Setelah itu dia pun meneruskan perjalanannya Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya.
Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu maka kembalilah Nabi itu ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa.. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintahMu sebagaimana yang telah diberitahu di dalam mimpiku maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini.."



Dalam mimpi beliau telah dberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa,
*"Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu akan menjadi lebih manis daripada madu.

*Yang kedua semua amal kebaikan(budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.

*Yang ketiga jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah engkau khianat kepadanya.

*Yang keempat jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi memberi bantuan kepadanya meskipun kamu sendiri berhajat..

*Yang kelima bau yang busuk itu ialah ghibah ( menceritakan hal seseorang ). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk membuat ghibah...



Saudara semua, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab ianya berlaku dalam kehidupan seharian kita. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata orang. Memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Ingatlah bahawa kata mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita. Sebab ada sebuah hadis mengatakan di Akhirat nanti ada seorang Hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang engkau berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu..

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang diri kamu.." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang lain, walaupun ianya benar....

Mohonlah keampunan dari Yang Esa atas segala kekhilafan kita...


No comments:

Post a Comment