Apa khabar semua..moga kalian semua bahagia bersama orang-orang yang disayangi...
saya tumpang gembira bila kalian semua gembira...pernah tak anda semua terfikir, bahawa setiap tindakan atau reaksi yang kita ambil akan memberikan suatu impak yang besar dalam kehidupan seharian kita...Setelah anda baca apa yang saya tulis ni tentunya anda sendiri akan berfikir......
Melalui pembacaan,saya tertarik dengan PRINSIP 90/10-STEPHEN COVEY..
PRINSIP 90/10- STEPHEN COVEY
Apa maksudnya tu? maknanya dalam kehidupan kita;-
*10% dari hidup kita terjadi kerana apa yang kita alami sendiri.
*90% lagi ditentukan dari cara kita menanganinya..
Atau dalam ertikata lain:-
Bagaimana caranya:-
Dari reaksi kita!!
Contohnya:
Contohnya:
kita tak mampu mengawal lampu merah tetapi kita dapat mengawal reaksi kita dengan cara memberhentikan kenderaan kita..
PERISTIWA:-
Anda bersarapan pagi bersama isteri dan anak. Tiba-tiba anak anda secara tak sengaja terlanggar cawan yang berisi air kopi hingga terkena pakaian anda..Apa reaksi anda agaknya..?
Reaksi (1)
-Anda tentunya akan memarahi anak anda yang dalam ketakutan hingga menangis kerana dia telah mengotorkan baju anda.
-Kemudian anda akan menyalahkan isteri, kerana meletakkan secawan kopi di hujung meja.Akhirnya telah tercetusnya pergaduhan kecil dan bermasam muka..
-Anda terus masuk ke bilik dan menukar baju.
-Bila anda kembali semula ke ruang makan, anak anda masih menangis lagi sambil menghabiskan sarapan paginya..
-Anak anda ketinggalan bas sekolah dan anda yang terpaksa menghantarnya ke sekolah, kerana isteri sudah keluar awal untuk ke tempat kerjanya..
-Dalam perjalanan ke sekolah anda telah melanggar had laju yang telah ditetapkan, hingga ditahan oleh Polis dan saman dikeluarkan. Anda telah lewat 15 minit.
-Setelah sampai ke sekolah, anak anda terus berlari keluar tanpa bersalaman dengan anda..
-Setelah tiba di pejabat, anda telah lewat 20 minit dan baru anda ingat beg anda tertinggal di rumah.
-Anda dimarahi Boss atas kelewatan anda..
-Hari kerja anda bermula dengan situasi yang buruk.Di tambah pula bila sampai di rumah hubungan anda dengan isteri dan anak agak dingin..merajuk mungkin
Mengapa?
Mengapa anda mengalami hari yang buruk...
1)Apakah kerana kopi tertumpah pada baju anda?
2)Apakah kerana kecuaian anak anda?
3)Apakah kerana anda telah disaman Polis?
4)Apakah anda penyebabnya?
Jawapannya adalah no.4 iaitu anda sendiri!! Di mana anda tidak dapat mengendalikan reaksi diri anda setelah apa yang terjadi dengan secangkir kopi.Cara anda bertindak dalam masa 5 saat adalah penyebab hari buruk anda..
Reaksi anda sebaiknya adalah seperti berikut:-
-Bila kopi tertumpah ke atas pakaian anda dan anak anda dalam ketakutan, anda sepatutnya berkata dengan lembut.."Tidak mengapa sayang, lain kali hati-hati ya."
- Anda terus ke bilik dan tukar pakaian yang lain.
- Kemudian ambil beg dan berjalan ke tingkap untuk melihat anak anda ke sekolah dengan menaiki bas sambil tangannya melambai ke arah anda.
- Anda kemudian mengucup pipi isteri dan bersalaman dengannya..
- Memandu ke tempat kerja dengan tenang tanpa melanggar had laju yang telah di tetapkan..
-Anda akan sampai ke tempat kerja 5minit lebih awal dan menegur staf anda dengan muka yang penuh ceria
-Kepulangan anda dari pejabat akan disambut oleh isteri dan anak anda dengan penuh senyuman dan ceria....
Dapat tak anda lihat perbezaan tersebut? Ada 2 senario yang berbeza, dimulai dengan peristiwa yang sama tapi berakhir dengan keadaan yang berbeza..
Mengapa?
Ternyata penyebabnya adalah reaksi kita.Kita tidak dapat mengendalikan 10% dari yang sudah terjadi tetapi 90% lagi bergantung kepada reaksi kitaSekarang tentu anda semua fahamkan dengan prinsip 90/10-Stephen Covey..Apa kata lepas ni kita cuba lakukan dalam kehidupan kita...Selamat Mencuba..dan fikirkanlah apa tindakan anda selepas ini..
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
akan cube dipraktikkan..hehe
ReplyDelete