SALAM MAAL HIJRAH 1434..

YA ALLAH...
Seketika di akhir tahun 1433 ini, InsyaAllah akan muncul 1434 yang ceria..
Engkau muliakanlah dan sayangilah kami semua..
Berkatilah keluarga kami..
Sihatkanlah tubuh badan kami..
Limpahkanlah rezeki kepada kami..
YA ALLAH..
Jauhkanlah kami daripada fitnah, penganiayaan dan juga penghinaan...
Suburkanlah benih keimanan dalam hati kami..
Dengan penuh rasa kasih sayang serta ketaqwaan tanpa alasan...
YA ALLAH...
Makbulkanlah cita-cita kami yang murni ini...
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
AMIN YA RABBAL A'LAMIN....



SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1434...

JOM KE DAPUR...

SALAM....

Hari ni lepak kat umah lagi..cutilah katakan..Happy Deepavali!..tiba-tiba aku terdengar suatu bunyi..korang dengar tak bunyi tu..Kreookk..
Ha.ha.ha...itu bunyi perut aku la...lapar ni..jom gi dapur nak masak apa agaknya hari ni ya..?
Tanya punya tanya dan fikir punya fikir..mak aku suruh masak Ungkep (salah satu masakan orang Jawa )..sedap juga tu lagi pun dah lama tak makan masakan tu.. Jom kita ke dapur tolong aku masak..hehehe...

AYAM MASAK UNGKEP( MASAKAN JAWA )

Bahan-bahannya:
-Seekor ayam yang telah dipotong-potong
-Serbuk Ketumbar
-Serbuk Jintan manis
-Serbuk Jintan putih
-Kunyit hidup
-Serai diketuk
-Cili padi 
-Bawang merah
-Bawang putih
-Halia
-Lengkuas
-Minyak untuk menumis
-Garam secukup rasa
-Sedikit serbuk perasa

Cara-caranya:
-Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis,jintan putih, kunyit hidup, cili padi, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas ke dalam mesin pengisar, dan dikisar hingga lumat..kalau kat rumah korang tiada mesin pengisar maka haruslah gunakan lesung batu..apa lagi tumbuklah sampai lumat..hehehe..
-Selepas tu panaskan minyak dalam kuali dan tumislah bahan-bahan yang dah kita lumatkan tadi..
-Letaklah garam dan sedikit serbuk perasa,dan serai yang telah diketuk...
-Setelah naik bau, masukkan ayam dan tutup seketika..
-Setelah beberapa minit, buka penutup kuali dan balik-balikkan ayam hingga masak..
-Dah masak, tutup api dan bolehlah di hidangkan..

Amacam...senang je kan...Cubalah rasanya memang sedap..Apalagi jom makan
Nyam..nyam..nyam..

SELAMAT MENCUBA 




RELAKS SEBENTAR.....

ASSALAM....

Hi.. kawan-kawan semua hari ni saya nak ajak anda relaks sebentar..
Tadi saya baru je dengar lagu baru Saleem..boleh tahan juga..jom kita amati lirik lagu ini...




BILA ORANG DAH BENCI

Tak guna memujuk lagi..
Pabila orang dah benci..
Tak perlu rayu simpati...
Dia dah tak sudi....
Biarpun ku masih sayang..
Kasihku tak pernah padam...
Tetapi apakan daya..
Terpaksa kulepaskan...
Sampai hatimu melihat diriku..
Dihukum begini....
Seluruh hidupku bagaikan mati tak bernyawa lagi....
Mengapa sayang engkau hancurkan niat suciku..
Menyunting dirimu..
Sedang dulu engkau berjanji 
Kau hanya milikku...
Bila orang dah benci 
Tiada guna ku nanti..
Lebih baikku pergi..
Pergi membawa diri....
Bila orang dah benci..
Biar aku sendiri..
Orang pun dah tak suka..
Dikenang pun tak guna....
Bukan niatku..
Untuk berpisah dengan dirimu..
Aku terpaksa memilih dia..
Aku terpaksa lupakan dirimu..
Oooo..kejamnya..
Sikapmu padaku......

KISAH 5 PERKARA ANEH

ASSALAM....
Berjumpa lagi kita dalam laman blog yang tak seindah pelangi tapi mampu memberi panduan dalam kehidupan kita semua....
Mari kita terus membaca..



KISAH 5 PERKARA ANEH

Abu Laits As-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang terkenal. Suatu ketika dia pernah berkata,ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada yang menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada juga yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat:-
Pertama:-
#Apa yang engkau lihat atau hadapi maka makanlah ia..

Kedua:-
#Engkau sembunyikan..

Ketiga:-
#Engkau terimalah...

Keempat:-
#Jangan engkau putuskan harapan...

Kelima:-
#Larilah engkau daripadanya.."



Pada  keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan perkara yang pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh, ianya sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Anehnya ketika dia menghampiri, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar sebuku roti. Maka Nabi itupun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya..Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'ALHAMDULILLAH'..



Kemudian Nabi itu teruskan perjalanan hingga bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat pada mimpinya supaya dsembunyikan. Lantas dia menggali sebuah lubang lalu menanam mangkuk emas, kemudian di tinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamnya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam..





Ketika sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengar olehnya suara burung kecil itu, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya.
Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu lalu berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan dalam mimpinya..yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan dengan mengambil pedangnya, lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada burung helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.



Setelah itu dia pun meneruskan perjalanannya Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya.
Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu maka kembalilah Nabi itu ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa.. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintahMu sebagaimana yang telah diberitahu di dalam mimpiku maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini.."



Dalam mimpi beliau telah dberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa,
*"Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu akan menjadi lebih manis daripada madu.

*Yang kedua semua amal kebaikan(budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.

*Yang ketiga jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah engkau khianat kepadanya.

*Yang keempat jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi memberi bantuan kepadanya meskipun kamu sendiri berhajat..

*Yang kelima bau yang busuk itu ialah ghibah ( menceritakan hal seseorang ). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk membuat ghibah...



Saudara semua, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab ianya berlaku dalam kehidupan seharian kita. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata orang. Memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Ingatlah bahawa kata mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita. Sebab ada sebuah hadis mengatakan di Akhirat nanti ada seorang Hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang engkau berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu..

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang diri kamu.." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang lain, walaupun ianya benar....

Mohonlah keampunan dari Yang Esa atas segala kekhilafan kita...


PRINSIP 90/10-STEPHEN COVEY

ASSALAM...
Apa khabar semua..moga kalian semua bahagia bersama orang-orang yang disayangi...
saya tumpang gembira bila kalian semua gembira...pernah tak anda semua terfikir, bahawa setiap tindakan atau reaksi yang kita ambil akan memberikan suatu impak yang besar dalam kehidupan seharian kita...Setelah anda baca apa yang saya tulis ni tentunya anda sendiri akan berfikir......
Melalui pembacaan,saya tertarik dengan PRINSIP 90/10-STEPHEN COVEY..

PRINSIP 90/10- STEPHEN COVEY


  Apa maksudnya tu? maknanya dalam kehidupan kita;-
*10% dari hidup kita terjadi kerana apa yang kita alami sendiri.
*90% lagi ditentukan dari cara kita menanganinya..

Atau dalam ertikata lain:-
Kita tidak dapat kendalikan 10% dari peristiwa yang terjadi pada diri kita.





Bagaimana caranya:-
Dari reaksi kita!!
Contohnya:
kita tak mampu mengawal lampu merah tetapi kita dapat mengawal reaksi kita dengan cara memberhentikan kenderaan kita..
 Aik..! masih tak faham lagi ke..? okay kita cuba tengok contoh yang diberikan.........






PERISTIWA:-
Anda bersarapan pagi bersama isteri dan anak. Tiba-tiba anak anda secara tak sengaja terlanggar cawan yang berisi air kopi hingga terkena pakaian anda..Apa reaksi anda agaknya..?








Reaksi (1)
-Anda tentunya akan memarahi anak anda yang dalam ketakutan hingga menangis kerana dia telah mengotorkan baju anda.
-Kemudian anda akan menyalahkan isteri, kerana meletakkan secawan kopi di hujung meja.Akhirnya telah tercetusnya pergaduhan kecil dan bermasam muka..
-Anda terus masuk ke bilik dan menukar baju.
-Bila anda kembali semula ke ruang makan, anak anda masih menangis lagi sambil menghabiskan sarapan paginya..
-Anak anda ketinggalan bas sekolah dan anda yang terpaksa menghantarnya ke sekolah, kerana isteri sudah keluar awal untuk ke tempat kerjanya..
-Dalam perjalanan ke sekolah anda telah melanggar had laju yang telah ditetapkan, hingga ditahan oleh Polis dan saman dikeluarkan. Anda telah lewat 15 minit.
-Setelah sampai ke sekolah, anak anda terus berlari keluar tanpa bersalaman dengan anda..
-Setelah tiba di pejabat, anda telah lewat 20 minit dan baru anda ingat beg anda tertinggal di rumah.
-Anda dimarahi Boss atas kelewatan anda..
-Hari kerja anda bermula dengan situasi yang buruk.Di tambah pula bila sampai di rumah hubungan anda dengan isteri dan anak agak dingin..merajuk mungkin




Mengapa?
Kerana reaksi anda pada peristiwa yang berlaku di awal pagi.






Mengapa anda mengalami hari yang buruk...
1)Apakah kerana kopi tertumpah pada baju anda?
2)Apakah kerana kecuaian anak anda?                                
3)Apakah kerana anda telah disaman Polis?
4)Apakah anda penyebabnya?
Jawapannya adalah no.4 iaitu anda sendiri!! Di mana anda tidak dapat mengendalikan reaksi diri anda setelah apa yang terjadi dengan secangkir kopi.Cara anda bertindak dalam masa 5 saat adalah penyebab hari buruk anda..







Reaksi anda sebaiknya adalah seperti berikut:-
-Bila kopi tertumpah ke atas pakaian anda dan anak anda dalam ketakutan, anda sepatutnya berkata dengan lembut.."Tidak mengapa sayang, lain kali hati-hati ya."
- Anda terus ke bilik dan tukar pakaian yang lain.
- Kemudian ambil beg dan berjalan ke tingkap untuk melihat anak anda ke sekolah  dengan menaiki bas sambil tangannya melambai ke arah anda.
- Anda kemudian mengucup pipi isteri dan bersalaman dengannya..
- Memandu ke tempat kerja dengan tenang tanpa melanggar had laju yang telah di tetapkan..
-Anda akan sampai ke tempat kerja 5minit lebih awal dan menegur staf anda dengan muka yang  penuh ceria
-Kepulangan anda dari pejabat akan disambut oleh isteri dan anak anda dengan penuh senyuman dan ceria....

Dapat tak anda lihat perbezaan tersebut? Ada 2 senario yang berbeza, dimulai dengan peristiwa yang sama tapi berakhir dengan keadaan yang berbeza..

Mengapa?                      
Ternyata penyebabnya adalah reaksi kita.Kita tidak dapat mengendalikan 10% dari yang sudah terjadi tetapi 90% lagi bergantung kepada reaksi kita

Sekarang tentu anda semua fahamkan dengan prinsip 90/10-Stephen Covey..Apa kata lepas ni kita cuba lakukan dalam kehidupan kita...Selamat Mencuba..dan fikirkanlah apa tindakan anda selepas ini..









AKHIR KATA, MULAKAN HARI ANDA SEMUA DENGAN KALIMAH:-

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG



Jenis-jenis Boss

Assalam..
Apa khabar teman-teman semua..hari ini adalah hari kita untuk beristirehat setelah penat bekerja..
Apatah lagi kalau dapat BOSS yang banyak karenah..Saya pernah terbaca satu artikel dan nak kongsi dengan korang semua..Jom terus membaca apa yang saya nak kongsi..
Nak tau tak berapa jenis BOSS yang kita ada sebenarnya..teruskan membaca kalau nak tau..hehehe..kalau anda memang BOSS mari kita tengok di kumpulan mana anda berada....


1)BOSS JENIS "YES BOSS"
   Letih dapat Boss macam ni tau..apa je yang Boss besar cakap mesti dia jawab "yes Boss" walaupun tak betul. Tapi yang tak sedapnya yang buat kerja tu kita..yang lagi buat sakit hati tu kerja yang disuruh kita buat tu merapu, membazir dan takde makna..

2)BOSS JENIS TAK PERCAYA ANAK BUAH
   Ini lagi susah..apa taknya boleh duduk lagi sebelah kita tengok kita buat kerja..takut kalau-kalau kerja yang dia bagi kita silap buat walaupun benda kecil..stress!!

3)BOSS JENIS NAK CEPAT SIAP JE!!
  Memang adakalanya kerja tu kena cepat siap tapi agak-agaklah takkan dalam satu masa kita nak kena buat lebih dari satu kerja. Kadang-kadang tu selang 2minit dah suruh buat kerja lain dah lah tu nak kena siap dalam masa yang sama tapi kalau salah kita juga yang disalahkan..ngeee...

4)BOSS YANG TAK TAHU APA YANG DIA NAK???
   Haaa...Boss macam ni memang la ramai..dia bagi kerja suruh buat ikut cara kita kononnya "menang-menang" la..tapi bila kita tunjukkan hasil kerja kita, dia kata.."Bukan macam ni yang saya nak..saya nak macam..bla..bla.." Kenapa tak cakap terus apa yang dia nak kita buat, kan senang. Adoii..memang sakit jiwa dibuatnya..

5)BOSS JENIS TAK KONSISTEN..
   Letih woo...dapat Boss macam ni..apa taknya sekejap dia suruh kita buat macam ni, nanti jumpa lagi dia suruh kita buat macam tu pulak..jumpa lagi ubah yang lain pulak..perghh..sakit hati dibuatnya...

6)BOSS YANG SUSAH NAK DENGAR PENDAPAT ORANG LAIN
   Boss ni lagi best. Sebabnya dia panggil kita datang meeting nak berbincang la kononnya..Tapi apa saja pendapat yang orang bagi semua dia cantas dan akhirnya pendapat dia je yang betul..Orang lain ni cuma datang meeting untuk cukupkan syarat je..

7)BOSS NAK SELAMATKAN DIRI SENDIRI
   Ramai juga Boss macam ni tau..bila ada salah dan Boss besar tegur, dia akan passing pada kita kononnya kita yang buat silap pada tugasan yang dia beri. Padahal semua tugasan tu dia dah luluskan..Mati hidup balik pun dia tak nak bertanggungjawab..Tapi kalau dapat pujian, dialah orang pertama yang maju ke depan..hehehe..

8)BOSS YANG KERJA TAK BUAT TAPI KUAT MENGAMPU
   Boss macam ni kalau ikut kata dia, kerja biar strategik. Maknanya kita yang buat kerja dia, tapi dia lepas tangan dan dok pegang kayu golf dengan orang-orang besar..Confirm cepat naik pangkat..tapi Boss yang tak pandai mengampu hmm..duduk la kat kerusi yang sama sampai pencen hehehe.....

Amacam...? Boss korang orang yang macam mana? Haa ajak kawan-kawan korang fikirkan sama ya..Opps jangan bagitau Boss tau rahsia..